Jumaat, 26 Disember 2014

Aku Boilerman_4

1.Induce draft fan berfungsi menarik flue gas,haba,api dan asap dlm furnace boiler.
2.Force draft fan berfungsi meniup atau memaksa api hidup dlm furnace melalui lubang bawah fire grate.
3.Fees Feeder fan berfungsi meniup bahan bakar supaya tidak sumbat pada pintu atau chute boiler.
4.Feed pump berfungsi membekalkan air ke dalam tangki boiler.

Nota yang aku dapat dari Patrick.Banyak juga yang aku belajar dari dia.Bagaimana cara operasi boiler,emergency stop dan yang paling penting boiler mesti ada air.Air paling penting di boiler.Selain itu juga operator boiler mesti pandai menggunakan shovel atau skid loader kerana jika pressure boiler turun ia digunakan untuk menuang bahan bakar k dalam conveyor.Jika kenderaan berat tersebut rosak terpaksalah aku dan operator lain memerah keringat mengisi bahan bakar mengguna skop atau pencedok secara manual.

Jika dulu aku cuma memerhati dari jauh sahaja operator membuang batu dari dapur boiler,kini aku sendiri yang memegang cangkul yang dibuat daripada paip besi 1 inci dan panjangnya lebih kurang 10 atau 12 kaki.Mata cangkul dibuat dari plat besi setebal 2 hon.Bayangkan betapa beratnya cangkul tersebut.Dua minggu tangan aku terasa sakit.Tapi aku di ajar cara yang betul oleh Patrick dan Ramli semasa membuang batu boiler.Iaitu:

1.Tutup damper force draft fan secara manual.Setiap pintu boiler  telah direka khas ada penarik damper kipas.

2.Induce draft fan dibuka secara manual.

3.Chute/pintu auger conveyor ditutup bergantung dengan pintu boiler yang ingin dibuang batu nya.

4.Damper fd dan id fan di pasang auto semula selepas siap buang batu.

Bulan pertama aku di boiler banyak juga gaji yang aku dapat,lagipun kalau tiada proses atau rest day,operator boiler akan memanaskan boiler atau warm up boiler.Warm up boiler dapat memperkukuhkan struktur batu-bata boiler,jika boiler yang sejuk terus dipanaskan menggunakan kipas batu-bata senang runtuh.Selain itu juga,pressure yang sudah cukup untuk jalan turbin dan proses buah sawit dapat memudahkan operasi kilang.

Selain mengawal tekanan steam boiler serta paras air Boiler,di boiler juga aku diajar merawat air untuk kegunaan boiler.Terdapat empat jenis bahan kimia yang kamu guna,iaitu:

1.R1301(sulphite) berfungsi membuang oksigen dlm air.

2.C1110(posphate) berfungsi membuang ikon mangnesium dan kalsium

3.E1800(alkhali) ph booster atau melicinkan permukaan tiub

4.S1166(sludge conditioner) memerangkap atau memendapkan bahan terasing dlm air.

Lain aku akan kongsikan apa akan terjadi kepada tube boiler jika bahan kimia ini tidak digunakan.Sebab aku nak focus dulu tentang permulaan aku mengenali boiler,bagaimana kisah aku dengan Zha dan kesudahan cinta kami.Janji korang follow up blog ini.Ini kisah benar dan aku ada kongsi ilmu boiler kepada yang berminat.Sebab tak semua boilerman sudi berkongsi ilmu dgn saudara yg baru atau berminat nak jadi boilerman.Aku dah rasa apa yang mungkin korang dah rasa....boilerman sy kedekut ilmu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan