"Saya jaga orang oil room,sebab sana dapat minyak,kalau operator rajin kilang dapat cari minyak lebih.Harga minyak mentah sudah naik!" Tuan Philip berhujah dengan ku selesai sahshs dia memberitahu apa dan di mana aku bertugas.
Ralat dari episod 2..maaf
"Christ,bos mau ketemu sama kamu,sekarang juga di kantor nya",suara garau Jono memutuskan perbualan aku dengan mak di kampung.
Entah apa yang aku buat salah,sampai bos nak jumpa aku.Mungkin bos lihat aku bergayut sakan di tempat kerja agaknya.Macam monyet aku berbual dengan mak tadi agak,bergayut terus!
"Hah!Christ next week kamu masuk boiler station,belajar kerja sana.Fizikal dan mental perlu kuat,lagipun kalau dah di boiler dapat overtime banyak lagi",kata Tuan Philip sebaik saja keluar dari bilik pejabatnya.Aku cuma mengangguk saja.Bukan saja aku setuju tapi terkejut juga,baru saja aku buka kasut bos sudah terpacak depan mata.mungkin geram tunggu aku lama agaknya!
Kaki ku perlahan menuruni anak tangga,sambil mata fokus ke screen handphone,tangan kanan ligat menaip pesanan ringkas dan kiri erat memegang handrail.Berita gembira ini aku sampaikan dulu kat mak di kampung.Bagaikan terkena loteri juga rasanya.Walaupun bukan kenaikan pangkat atau gaji tetapi apa yang bos cakap tadi mampu mengubah masa depan aku.Aku dengar kerja di boiler banyak overtime dan yang utama dapat memohon lesen boilerman.
"Christ,minggu depan aku dah tak kerja lagi,aku nak sambung belajar di institut latihan perindustrian Miri,masuk bidang electrical,"bisik Jodit kepada ku sambil menjamah mee goreng basah yang baharu saja terhidang di atas meja.Mulutnya tak henti-henti meniup mee yang masih panas.
"Nampak nya terpaksa lah aku yang belanja kawan aku makan hari ini,next week kau pun dah berhenti kerja,aku pula dah kerja di boiler,"kata ku dengan nada bergurau sambil menepuk belakang Jodit.Hampir tersedak Jodit.
Sudah seminggu aku masuk boiler station,seminggu juga Jodit sudah berhenti,bosan juga aku seorang di rumah,di boiler aku cuma di suruh tulis log sheep boiler,control air feed pump,sapu lantai boiler dan diajar cari tarik batu dari furnace boiler semasa boiler beroperasi.Penat semua badan rasanya,mana tak penat bukan senang nak buang batu dari dalam dapur boiler.Orang nampak mudah sahaja,tapi bagiku sangat susah.Biasalah budak baru belajar.
BERSAMBUNG.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan