Aku bukan lah seorang yang tak bercita-cita tinggi seperti orang lain,aku juga ingin menjadi seorang yg berjaya.Aku merupakan bekas pelajar di sekolah elit yg terkemuka di Sarawak..Sekolah yang terkenal dgn slogan Di Sini Pemimpin Dilahirkan.Selepas tamat sekolah aku ada dapat tawaran melanjutkan pelajaran di sebuah universiti awam dalam bidang electrical,namun hasrat ku terbantut kerana disebabkan masalah kewangan,bapa ku ditimpa kecelakaan di tempat kerja .Aku terpaksa berkorban untuk mengambil alih tanggungjawab sebgai ketua keluarga buat sementara waktu.
Dari kerja kedai kopi,kedai perabot,kerja kuari hingga lh kfc..semua aku dah try. Dulu bukan gaji besar,bukan ada gaji minimum,sehari cuma rm13 sahaja.Biasalah kita selalunya dimanipulasikan oleh golongan orang yg berniaga.Kita memerah keringat sedangkan tauke menunggu memetik hasil d hujung bulan.Musim buah dia orang tak pernah berhenti.Akan selalu berbunga dan berbuah..
Pada 12/12/2007 aku telah ditawarkan kerja di sebuah kilang sebagai QC..kilang sawit.Balingian Palm Oil Mill aku anggap sebgai institut pengajian industri sawit pertama aku join.Dalam happy aku ada sedih,terharu dan teruja juga.Terasa juga gubdah-gulana.Mana tidak nya,tak cukup bajet!Gaji aku kat kfc bukan banyak cuma cukup untuk makan,sewa bilik n bagi kat adik aku 2 orang yg study.Aku contact bakal majikan minta mereka jemput aku kilang agar dapat jimat wang yang aku ada.Dengan wang yg ada aku beli beras 2kg,telur 1 set,barangan dapur dan periuk elektrik.Dulu bukan aku ada beli perkakas dapur,semua auntie aku punya!Aku bawa juga tilam bujang aku.Mana tahu tiada tilam dan bantal disediakan.
Tekaan aku tepat!Aku cuma disediakan sebuah rumah yg mempunyai 2 bilik.Tiada tikar,nak beli tikar pun aku bukan punya duit.
"Kau orang baru kh?"Terkejut beruk aku dengan sapaan yg menerjah masuk ke dalam gegendang telingaku.Bertambah kencang degupan jantung aku,bukan takut tapi terkejut.
"Yup!Baru saja sampai dari Sibu,esok start kerja dah".jawab ku seperti orng gagap.
"Aku dah jumpa tuan di kilang,aku dah minta nak tinggal dgn kau,boleh?"
Aku pun tak tau nak jawab apa.Lagipun aku pun tak tahu siapa yang tengah terpacak di depan aku.
"Boleh,tiada masalah,aku Christian",aku jawab soalan nya sambil menghulurkan tangan kanan ku.Salam perkenalan.Jodit pun berlalu selepas saja memperkenalkan dirinya kerana mahu turun kerja shift malam.
"Esok aku pindah ke rumah kamu Christ!Bilik belakang aku punya ya!"teriak Jodit sambil berlari anak.Mungkin sudah lambat.
Aku mula mengemas barang yg masih berselerak di ruang tamu.Terleka melayan Jodit.Senyum aku sendirian,tak lh aku sendiri di rumah kosong ini.Dah lh tv tiada,nasiblh hp aku dapat dengar radio,dapat dengar Wai fm dan Music fm.
Penat.10 minit aku dan Jodit berjalan kaki ke kilang.Jodit pun seperti aku juga,anak sulung.Kami sebaya cuma Jodit agak beruntung kerana kampungnya cuma 45 minit jaraknya dari tempat kami kerja.Jodit terus bawa aku berjumpa dgn Encik Edward,penyelia Balingian Palm Oil Mill sambil mengorak langkah menuju ke stesen yang bertanda "OIL ROOM STATION".Bilik minyak agaknya,aku meneka sebelum masuk k pejabat Encik Edward untuk diberikan taklimat.
Awal aku masuk k bilik tidur selepas aku dan Jodit makan malam.Lauk orang bujang,mee sedap dan telur goreng.Syukurlah ada Jodit,ada juga dapur tempat masak.Kalau aku seorang,aku cuma ada rice cooker saja.Aku rancang aku nak masak nasi dan lauk sekali guna rice cooker.2 in 1.Badan ku bagaikan dipukul sebab lama tak kerja berat.Di kfc aku cuma mengoreng ayam dan tepung,semunya simple.
"Spicy up!"Aku teringat time panggil pekerja counter depan kalau masakan siap.
Siang tadi aku kerja di Press Station untuk sementara waktu sebab penyelia tak pasti akan jawatan aku.Aku ditawarkan oleh pengurus kilang secara peribadi selepas melihat resume aku semasa karnival Jom Cari Kerja.Aku terlena dibuai mimpi.
BERSAMBUNG.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan