Rasa bahagia dan saat indah bersama Zha hanya tinggal sejarah dlm hidupku,walaupun hari ku dihuni rasa rindu walau sekadar mimpi tetapi akan ku ingat selamanya.Memang aku sudah jangka akan saat dan detik ini akan melukakan aku.Alasan Zha,cuma kerna aku jauh dan dia tak percaya cinta jarak jauh.Mungkin membosankan baginya untuk merindui dan menyintai aku dari jarak jauh.Saat dan waktu itu telah memisahkan aku dan Zha,mana janji dan kata cinta yg Zha ungkapan kala bersama.
Terjejas juga prestasi kerja ku kesan dari rentaknya hubungan aku dan Zha,di sebalik kesedihan aku,kawanku ambil juga berat denganku,mana tak nya,siap pujuk aku dengan bagi nombor handphone sepupu dan kakaknya sendiri!!!Aku test lah,nak buang boring katakan...
"Kamu ada miss call saya lah?"
Sms yg aku taip untuk kakak Patrick.Mana lh tahu,orang layan atau tak.Tak sampai 5 minit sms pun berbalas.
"Bila saya ada miss call kamu?"
Masej yang aku terima dari kakak Patrick kehairanan.Mana lah tak hairan,aku memang tiada miss call langsung!hehehe...
Dari sms aku tu lah aku mula berkenalan dengan Felixsiana,kakak si Patrick.Tapi aku agak kecewa juga sebab Ana single but no available..dah ada cowok!Aku cuma sms sebagai kawan je lh..Ada juga aku bertukar-tukar gambar gambar dengan Ana.Biasa lh MMS kan ada,time tu blm pakai fb lagi.
Tiga bulan aku dah berkawan dengan Ana melalui dunia maya,di alam nya saja lh kami berbual,ada juga aku call,tanya khabar.Tapi dalam diam aku try jual minyak juga,kot kot minyak laku,sikit sebanyak dapat aku lupakan Zha.Siap nyanyi lagu Relaku Pujuk dari kumpulan didera kalau aku call Ana.Aku ada juga bakat nyanyian,tapi tak laku kalau masuk AF,untuk mengorat saja laku!
April 2009,Ana masuk kerja di tempat aku kerja,kebetulan Ana sepupu Tuan Philip,jadi senang lah dia nak minta kerja.Kebetulan time tu,weighbridge clerk ada kosong.First time saja sampai di perumahan,aku lah orang pertama dia lihat,aku pun terkejut nak mampus.Baru saja bangun tidur dah ada perempuan depan rumah dengan Patrick.Kelu aku!
Aku terus angau ingat wajah Ana time siang tadi.Aku pun tak tahu apa yg Ana fikir bila lihat wajah aku,hensem atau tak ?Cuma Ana yg tahu..hehehe
"Ish..Tak boleh jadi,boleh tahan juga..cantik sangat tak lh,tapi aku mesti dapat!"bisik hati kecil aku.Aku dalam tak sedar jatuh cinta pandang pertama kat Ana.Aku harap dia sama seperti aku.Aku cuma mampu berdoa saja lh.
Sebenarnya Ana pun ada perasaan seperti aku,tapi apa boleh buat,sudah berpunya!Nasib menyebelahi aku!Ana ada krisis dengan kekasihnya,Ana dicurangi.Aku pun pun ambil kesempatan,tapi bukan memaksa lah.Aku dan Ana mula lebih rapat.Mula mengenali hati budi masing-masing.Kalau dulu cuma dlm dunia maya,kini kami bersua muka.
Dua minggu sahaja kami bercinta,kami ambil keputusan untuk hidup bersama,kami ambil langkah kahwin berdaftar.Biar bercinta selepas berkahwin,sebab masing-masing serik bercinta lama tapi dicurangi.Kami akui memang sukar lupakan kekasih lama.Cabaran besar kerana jika ada perasaan cemburu keputusan yang kami buat untuk hidup bersama cuma sia-sia.Usia aku cuma 20,tetapi Ana 3 tahun lebih senior dari aku.Kematangan yg Ana ada,aku percaya Ana mampu mengajar aku jadi ketua keluarga yg mampu memimpin keluarga.